Wednesday, November 4, 2009

Kenali Sejarah Surau Flat Persekutuan Likas.



Surau Flat Persekutuan, disinilah bermulanya kisah hidup saya, cuba menjadi hamba tuhan yang bersyukur, tidak angkuh dan sombong, mendambakan ilmu, menelusuri jalan hidayah, berukhuwwah kerana allah … dan berusaha memanfaatkan hidup ini.

Mulanya sejarah dan imarah surau flat ini pada kacamata saya adalah penuh warna warni variasi dari perwatakan dan aturcara penggerak dan teraju utamanya … PENGERUSI SURAU.

1) Haji Shaarani

Disinilah saya berkenalan dengan pengerusi surau yang pertama, Hj Shaarani namanya berasal dari negeri perak dan merupakan antara pengunjung setia disurau ini setiap waktu bahkan beliau sanggup tidur dan bergolok gadai menyempurnakan kelengkapan surau yang masih serba kekurangan. Diwaktu beliaulah, saya melihat kelengkapan surau seperti kipas,bekas air,periuk belanga,dapur dan sebagainya banyak dilengkapkan beliau dan disimpan baik di stor surau.

Terkenal sebagai orang yang banyak berkorban apatah lagi profesion asal beliau adalah anggota rela, maka sifat suka membantunya amat terserlah. Beliaulah yang pertama bergegas kesana kemari menyiapkan makanan dan minuman ketika itu, bahkan bubur lambuk dan kopi pekat tongkat ali adalah dua menu utama yang begitu sinonim dengan beliau.. Lain Rasa dan luarbiasa rasanya...itulah komen kami pengunjung surau ini jika ditanya tentang aroma dan rasa kopinya itu.. beliau jugalah yang berjaya mengumpul tentera kecil dari komuniti penghuni surau, beliau memperuntukkan masa malamnya khas untuk mengajar anak2 kecil ini membaca quran. Siap dengan gula2 dan pelbagai juadah yang lain disajikan supaya anak2 ini jinak dengan surau dan dekat dengan agama, bahkan beliau pernah bercerita….

Untuk tackle hati anak2 ini, beliau pernah memberikan ganjaran wang setiap kali anak2 ini dating mengaji dan solat disurau. Tak hairanlah, kalau saya katakan tika itu tentera kecil haji shaarani begitu mesra dan ringan tulangnya, tika itu, surau ini tiada masalah dengan kebersihan dan aktiviti makan2nya. Terima kaih haji, moga allah memberkati amalan mu…

Tahun 2006, Hj shaarani akhirnya berpindah ke Sarawak bersama isterinya yang dinaikkan pangkat manakala Hj pula telah menempuh alam pencen di Sabah lagi. Kini dia pulang semula ke negeri asalnya setelah kematian isteri tercinta akibat kanser, kini dia membesarkan seorang anak angkat bernama AMMAR yang diambilnya dari Kundasang sabah, katanya biarlah dia dapat memberinya ilmu agama dan didikan solat agar anak sabah ini akan menjadi agen hidayah suatu hari nanti.

2) Haji Jaafar Walad

Pengerusi surau kedua yang saya kenali ialah Hj Jaafar dan ianya dikenali mesra sebahagian besar mereka yang berkhidmat sebagai penjawat awam dan pegawai di jabatan2 persekutuan.Pernah menjawat Jawatan Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)Cawangan Sabah seterusnya Setiausaha Persekutuan (SUP) dan kini berada di Kementerian Pengguna Cawangan Sabah sebagai pengarah utamanya.

Berasal dari negeri kedah dan berperwatakan sederhana walau menjawat jawatan tertinggi di negeri sabah menjadikan beliau begitu disegani dan dihormati. Apatah lagi beliau merupakan orang lama yang telah menghabiskan masa perkhidmatan yang cukup lama di sabah melebihi 20 tahun, namun dengan kedudukan yang begitu hebat tidak menjadikannya tinggi diri bahkan beliau lebih mudah didekati dan beliau menjadikan surau ini seperti rumah keduanya untuk menunaikan solat dan berjemaah. Berbekalkan suara yang merdu dan bacaan Quran yang fasih melayakkan beliau untuk mengimami solat berjemaah dan ketua bacaan yasin. Beliaulah yang pertama mengumpul jamaah tadarus al quran dan bersama khatam dibulan ramadhan.

Akhirnya beliau berpindah selepas setahun menjawat jawatan pengerusi surau dipenghujung 2006 kerana memiliki rumah sendiri di perumahan kingfisher. Tradisi menghidupkan umah allah tetap diteruskan dengan beliau terus konsisten menjadi jamaah di masjid bangka2. moga allah memberkatimu Haji Jaafar.

3) Haji Raman Mintek

Bersusuk kecil dan berasal dari Semporna Sabah merupakan pengerusi surau seterusnya, seorang yang mudah didekati dan suka menghulurkan bantuan adalah dua sifatnya yang begitu ketara dan istimewa. Pernah menjawat jawatan majistret bagi mahkamah tribunal kepenggunaan juga penyelesai masalah antara kesatuan sekerja dan majikan menjadikannya cukup tahu selok belok pengurusan dan cara mengendalikan pentadbiran, amat tepatlah apabila beliau menerima jawatan ini .. aktiviti surau semakin aktif dan berjalan lancar.

Dengan status dan jawatan yang baik , kerjasama daripada penghuni surau amat ketara dan ianya membantu perjalanan program surau dari semasa ke semasa, beberapa program besar termasuk majlis korban dan akikah serta ceramah hari kebesaran islam sempat dijayakan di surau ini dengan kerjasama warga flet .

Namun jodohnya dengan surau ini juga tidak panjang apabila terpaksa akur dengan tuntutan memiliki rumah sendiri diUjana Kingfisher dan berjemaah di Masjid bangka2.
Terima kasih Hj Raman kerana membuka jalan penuh kebaikan dalam membentuk organisasi surau yang lebih tersusun dan kemas.

4) Ust Hafizullah

Lalu tinggallah jawatan panas pengerusi surau ini kekosongan buat beberapa ketika,dan ia seolah2 petanda awal siapa yang mendudukinya, tidak akan kekal lama… Pasti ada hikmah tuhan dan tugasan khusus untuk mereka yang menjawatnya….

Dengan mesyuarat dan permuafakatan semua, akhirnya saya dilantik menjadi pengerusi surau ini, memecahkan tradisi asalnya iaitu biasanya pengerusi surau dilantik dikalangan warga flet dan bukannya tetamu luar kawasan seperti saya. Namun dengan amanah dan kepercayaan sahabat2 surau dan jawatankuasa RT yang banyak menyokong, akhirnya saya menerima jawatan ini dengan tanggungjawab berat terpikul dibahu.

Entah saya boleh menjalankan tanggungjawab ini atau tidak…. Namun ianya perlu bantuan dari semua, serta restu tuhan yang maha esa, atau pun saya gagal dan allah akan gantikan saya dengan mereka yang lebih baik.

Mungkin kerusi panas pengerusi surau ini akan menyebabkan saya berjaya dalam permohonan pindah ke semenanjung. Wallahualam , hanya allah yang tahu.



Program MaalHijrah bersama warga Flet,bersama perarakan sepanduk dan selawat nabi mengelilingi kompleks flat ini, bersama Rukun Tetangga dan Jiran Wanita.

1 comment:

  1. Salam ya ustadz..

    Tahniah dari kami Jk surau Al muhajirin.. dan jk RT Kompleks Sukan Likas atas blog yang di bena ini..sesungguhnya ukhwah dan nawaitu kitalah yang menyatukan kita di surau kcil ini..tahniah dan syabas kami ucapkan..moga dengan adanya ustadz pemimpin kami akan mengimarahkan lagi surau yang terbiar ini..

    ReplyDelete