Dengan inisiatif ahli jawatankuasa BALKIS (Badan Latihan dan Kepimpinan Islam) sebuah persatuan pelajar Islam yang bergiat aktif di sekolah ini memberi cadangan untuk sama2 meredakan ketegangan ini dan memugar restu ilahi,lalu dengan rangka program berbentuk munajat dan muhasabah, program ini akhirnya selamat diadakan pada 30.10.2009 iaitu hari Jumaat yang lalu dengan disertai lebih 50 orang pelajar SPM dan Ajk Balkis. Dan ia diberi nama Malam Qiam Muhasabah SPM 2009.
Program diserikan dengan tazkirah oleh pelajar UMS sdr Fezri dan muhasabah kecemerlangan oleh tenaga2 penting Persatuan Siswazah Sabah (PSS), slot kesedaran oleh Ust Nadir dan seterusnya Qiam Hajat dan Munajat dipenghujung pagi yang hening dengan doa yang dipanjatkan panjang memohon redha dan kejayaan, Tazkirah subuh disampaikan oleh Ust hafiz dan akhirnya ditamatkan dengan sesi renungan bersama para AJK Tertinggi Balkis yang diketuai oleh Syaza Syafeeqah Khasnan dan pengarah program ini Munawwarah Jamaludin.
Antara peserta program yang hadir dengan nawaitu hati yang sama.
Slot Kesedaran Oleh Ust Nadir
Tazkirah Subuh oleh Ust hafiz
Antara fasilitator pembantu Program, terima kasih PSS.
salam ustaz..syabas atas kejayaan program BALKIS ari tu..sy rasa itu prgrm terakhir yg BALKIS jlnkan thn ni..sy harap ustaz doakan supaya kami ajk2 junior BALKIS thn ni dpt menjalankn amanah yg diberikan utk terus menyebarkn dakwah dgn memelihara BALKIS ni thn dpn..teruslah menyokong kami..
ReplyDelete