Thursday, November 5, 2009

Pengintai @ Pengendap Tandas Wanita Bersiri akhirnya Tumpas di SMP

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua…. Pengendap atau penjenayah yang licik ini akhirnya tersungkur dan diberkas jua.

Itulah mungkin pepatah yang paling sesuai dalam merumuskan peristiwa penuh bersejarah yang berlaku di SMP hari rabu yang lalu.Pada jam 1.25 minit petang itu, penjenayah yang paling dikehendaki di SMP saat ini akhirnya berjaya ditahan jua, setelah 3 bulan menitipkan rasa fobia dan ketakutan yang bukan sedikit pada warga hawa disekolah ini, pengintai alias penyubuk ini akhirnya berjaya ditangkap dan dikeronyok dengan rakusnya oleh para guru lelaki SMP.

Modus operandinya amat mudah namun cukup berseni, beliau menyelinap masuk ke dalam tandas guru mahupun pelajar perempuan ketika waktu senggang antara kelas dan waktu rehat dan cuba berdiam diri disana serta melakukan jenayah terkutuknya iaitu mengintip dan mengendap.

Bukan sedikit mangsanya, namun ianya mula tersebar dan disedari pada awal bulan oktober yang lalu apabila kegiatannya mula dihidu oleh salah seorang guru wanita. Manakala yang lainnya pula pernah seakan2 terdengar suara dan terasa kehadirannya dibilik sunyi bagi guru wanita itu, seorang saksi juga menyatakan pernah terserempak dengannya didalam tandas tapi ia cepat bersembunyi dan menghilang,namun kelicikannya menutup jejak membolehkannya meneruskan tabiat sumbangnya itu. Kesannnya menimbulkan trauma kepada para pelajar mahupun guru wanita untuk menggunakan tandas disekolah ini.

Perangkap demi perangkap cuba disusun dan diatur untuk menangkapnya namun belum berjaya, namun bagai benar kata pepatah jerat takkan pernah lupakan pelanduk… ia akhirnya terjerat dan dikesan oleh seorang guru lelaki ketika cubaannya memecah masuk tandas pelajar wanita berhampiran kolam bidasari, jejaknya diekori dengan diam dan kepungan berjaya dilakukan dengan pantas dan akhirnya ia berjaya diberkas…

Alhamdulillah, berakhirlah mimpi ngeri bagi kaum hawa disekolah ini, moga ianya mampu mengembalikan keceriaan kepada semua semula… bab kata pengacara 999 “Jenayah membawa padah, laporkan dan tumpaskan setiap jenayah yang berlaku dikawasan anda”. Tahniah juga kepada Brother John yang begitu nekad dan berani menangkapnya dengan tangan kosong, mungkin pihak sekolah patut mengurniaknnya anugerah gagah berani atas jasa dan kebaktiannya itu.

Bagi penjenayah pula, ia akhirnya dikurung buat sementara waktu dan akan diserahkan ke muka pengadilan nanti… menanti hukuman yang setimpal keatas jijik perbuatannya.

Kalaulah mengikut undang2 islam, penjenayah seperti ini patut dikenakan hukuman Takzir kerana mengendap tidak termasuk dalam dosa kesalahan yang dikenakan hukuman hudud…ia bergantung kepada budi bicara hakim, mungkin sebat dan penjara boleh menginsafkannya, walau apapun hukumannya nanti, moga ia akan sedar dan bertaubat untuk tidak mengulangi kesalahannya.

Akhirnya , Kita bersama En Mazidul …. Ke tempat kejadian untuk mengetahui butiran sebenar kejadian dan melihat wajah sebenar penjenayah tersebut…

Jeng…jeng….jeng .





3 comments:

  1. Berita yang cun! Tahniah ustaz. Heheh.

    ReplyDelete
  2. Ust nie kan,buat saspens je... Ari 2 syaza pun jumpa die kat surau. He3...

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH..!!ada pengintip tandas misteri pulak kat SMP tu kan..nasib baik sy x prnh jumpa..kalau jumpa x taulah..jatuhkan hukuman yg setimpal keatasnya trhdp perbuatan terkutuk yg dilakukannya..hehe

    ReplyDelete