Tuesday, November 17, 2009

Renungan Poligami Dalam Dunia Baru Islam (Siri 2)

Manusia dibentuk bukan dicetak

Membina manusia bukannya semudah bermain dengan angka dan statistic, ianya memerlukan perjuangan membentuk kesedaran yang amat panjang.

Berdasarkan teori 5 keluarga yang produktif menghasilkan anak dan dengan pertolongan teori poligami, selepas 120 tahun (5 generasi) populasi keluarga muslim yang berjatidiri akan lebih menguasai kepimpinan dan persepsi berdasarkan 35 keluarga yang sekular yang membina zuriat 2-3 orang sahaja.

Satu teori atau gagasan ilmu yang amat menarik berpuca dari kesedaran dan keinsafan membina dunia islam yang lebih selamat, berintegriti dan dirahmati tuhan… namun praktikalnya amat berbeza.

Ianya bukan sekadar perkiraan matematik, ianya perbincangan mencakupi teori tamadun dan umat. Manusia lebih terdorong melakukan kesalah, adakah kita seyakinnya pasti generasi muslim yang soleh ini akan terus mengekal dengan jumlah besar dan memberi kesan itu. Ataupun ianya hanya kata nabi…buih2 dilautan yang tudak melampirkan kegerunan kepada musuh.

Bagaimana pula populasi secular yang pastinya tidak diam dalam kerangka perkahwinan halal mereka, bagaimana pula dengan kelahiran tidak formal yang berpunca dari keruntuhan akhlak dan kebejatan social, kajian menyatakan sekarang ini cukup parah.. bagaimanakah pula 120 tahun lagi.

Kelemahan poligami

Poligami dan dakwah – dua perkara yang boleh menjadi teman dan kadang2 boleh menjadi musuh, saya meminjam perkataan kelemahan ini pada mukasurat 93 dari buku POLIGAMI – KESENANGAN ATAU KESENGSARAAN yang ditulis oleh Dr Karim Hilmi Farhat Ahmad menyimpulkan poligami satu hokum menyelamatkan wanita, membantu kemanusiaan, mengangkat keadilan sosial dan memuliakan maruah dan akhlak.

Namun, aplikasinya dalam masyarakat banyak yang tersasar, terdapat 3 kelemahan yang disenaraikan disini antaranya ialah yang pertama ; wujudnya banyak perbezaan pandangan akibat cemburu dan irihati , keduanya : keretakan rumahtangga akibat suami terlebih menyayangi salah satu dari keduanya ketiga; pengabaian hak anak-anak dan persengketaan antara mereka, yang keempat saya tambah disini : keupayaan seorang suami mencari lebihan wang untuk menanggung nafkah keluarga yang kian membesar dan bertambah.

Realiti perjuangan

Insafnya, bagaimana kita ingin membina dunia baru Islam apabila nanti para pejuang islam dulunya gigih berdakwah, kini terpaksa gigih mencari nafkah baru menampung belanja yang kian menjerut poket sendiri.

Bagaimana dakwahkan terbukti apabila hanya sengketa timbul dari amalan poligami ini, para pejuang lebih banyak terpaksa berjuang di empat penjuru rumah mendamaikan dua pihak yang bersengketa, cemburu dan tidak puas hati.

Dakwah akan jadi tanpa berperancangan, apabila medan mesyuarat semakin ditinggalkan dengan beban teralih merancang dan mengurus rumahtangga serta berlaku adil merencanakan giliran bermalam, menentukan nafkah dan sebagainya.

Dakwah juga akan terencat apabila ikon dakwah dan perjuangan ini akan berdepan risiko awal kerosakan rumahtangganya sendiri ekoran protes anak2, rasa hilang kasih saying dan pemberontakan dikalangan mereka yang terasa sudah tidak lagi diberi perhatian atau terasa iri melihat saudara tiri lebih dimanjakan.

Betapa banyak reality ini berlaku kepada sahabat2 kita, bersediakah kita juga berdepan dengannya.

Akhirnya artikel ini bukan bertujuan memperlekehkan poligami satu hokum tuhan yang bpatut kita daulatkan, namun bagi saya jalannya harus diperketatkan…. Bukan sewenangnya hokum ini dipakai atas nama agam dan ianya mengembalikan paku buah keras kepada islam dan dakwah itu sendiri.

Untuk dakwah, saya lebih bersetuju cadangan senator YB Ubaidah untuk ianya dipraktikkan bagi membantu golongan armalah dan ibu tinggal yang sudah berumur. Bersediakah kita …?

Atau ianya digalakkan kepada para pimpinan yang berwibawa dan terbukti layak dalam perjuangan serta mengambil sahabiat yang masih belum berumah tangga walaupun sudah berusia lanjut, peribadinya dapat diselamatkan serta infak kewangannya juga mampu mengutuhkan jamaah.

Meramaikan umat Nabi

Saya menutup bicara ini dengan membawakan satu hadis nabi :

Aku berbangga dengan umatku yang ramai dihari akhirat nanti. Adakah ini satu pesanan untuk meramaikan anak dan membanyakkan isteri, lalu kita patut mengambil poligami sebagi jalannya.??

Namun saya terpanggil untuk bersetuju dengan saudara Saifulislam Ustaz Hasrizal jamil dalam bukunya AKU TERIMA NIKAHNYA pada mukasurat 89 menyatakan bukan sunnah meramaikan anak, tapi mempastikan anak akhir zaman ini berada pada paksi kebenaran dan bersama perjuangan rasul itulah yang diutamakan.

Untuk itu, sahutlah seruan jihad ini para sahabatku, DUNIA BARU ISLAM akan muncul jua, dengan tekun semangat dan ikhlasnya niat perjuangan, walaupun panjangnya masa dan hebatnya cabaran, ALLAH pasti akan memenangkan Islam.

Insya allah, Pasti....!!

4 comments:

  1. Manusia dibentuk bukan dicetak

    Membina manusia bukannya semudah bermain dengan angka dan statistic, ianya memerlukan perjuangan membentuk kesedaran yang amat panjang.

    Jawab: Setuju.

    Berdasarkan teori 5 keluarga yang produktif menghasilkan anak dan dengan pertolongan teori poligami, selepas 120 tahun (5 generasi) populasi keluarga muslim yang berjatidiri akan lebih menguasai kepimpinan dan persepsi berdasarkan 35 keluarga yang sekular yang membina zuriat 2-3 orang sahaja.

    Jawab: Ya, itu yang ana maksudkan.

    Satu teori atau gagasan ilmu yang amat menarik berpuca dari kesedaran dan keinsafan membina dunia islam yang lebih selamat, berintegriti dan dirahmati tuhan… namun praktikalnya amat berbeza.

    Jawab: Praktikal berbeza kerana sifat manusia itu sendiri. Hujjah ini boleh kita nyatakan kepada keindahan Islam yang dibawa oleh Rasulullah dengan praktikal umat sekarang. Pada ana ianya tidak boleh dijadikan hujjah kukuh dengan hanya merujuk kepada praktikal semata-mata.

    -bersambung-

    ReplyDelete
  2. Ianya bukan sekadar perkiraan matematik, ianya perbincangan mencakupi teori tamadun dan umat.

    Jawab: Setuju.

    Manusia lebih terdorong melakukan kesalah, adakah kita seyakinnya pasti generasi muslim yang soleh ini akan terus mengekal dengan jumlah besar dan memberi kesan itu. Ataupun ianya hanya kata nabi…buih2 dilautan yang tudak melampirkan kegerunan kepada musuh.

    Jawab: Soalan yang sama juga kita perlu bertanya, adakah kita seyakinnya pasti generasi muslim yang sedikit ini tidak terdorong melakukan kesalahan.

    Bagaimana pula populasi secular yang pastinya tidak diam dalam kerangka perkahwinan halal mereka,

    Jawab: Apa maksud ust. populasi sekular tidak diam? Adakah ust bermaksud populasi mereka juga bertambah seperti teori kelahiran produktif. Atau gerak kerja agrasif mereka menyesatkan manusia. Ana kurang jelas.

    bagaimana pula dengan kelahiran tidak formal yang berpunca dari keruntuhan akhlak dan kebejatan social, kajian menyatakan sekarang ini cukup parah.. bagaimanakah pula 120 tahun lagi.

    Jawab: Soalan yang sama juga kita perlu bertanya.


    Kelemahan poligami

    Poligami dan dakwah – dua perkara yang boleh menjadi teman dan kadang2 boleh menjadi musuh, saya meminjam perkataan kelemahan ini pada mukasurat 93 dari buku POLIGAMI – KESENANGAN ATAU KESENGSARAAN yang ditulis oleh Dr Karim Hilmi Farhat Ahmad

    Jawab: Belum baca, harap boleh pinjam.

    menyimpulkan poligami satu hokum menyelamatkan wanita, membantu kemanusiaan, mengangkat keadilan sosial dan memuliakan maruah dan akhlak.

    Jawab: Seperti yang telah ana tulis dalam bab yang pertama dahulu. Setuju.

    Namun, aplikasinya dalam masyarakat banyak yang tersasar, terdapat 3 kelemahan yang disenaraikan disini antaranya ialah yang pertama ; wujudnya banyak perbezaan pandangan akibat cemburu dan irihati , keduanya : keretakan rumahtangga akibat suami terlebih menyayangi salah satu dari keduanya ketiga; pengabaian hak anak-anak dan persengketaan antara mereka, yang keempat saya tambah disini : keupayaan seorang suami mencari lebihan wang untuk menanggung nafkah keluarga yang kian membesar dan bertambah.

    Jawab: Persoalan yang sama juga timbul bagi mereka yang monogami, kerana tidak sedikit yang berakhir dengan penceraian. Malah statistiknya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada pandangan ana, kelemahan pada aplikasi tidak boleh menjadi tanda aras kepada kegagalan sistem poligami, tetapi ianya merujuk kepada kelemahan manusia yang mengurusnya.

    Realiti perjuangan

    Insafnya, bagaimana kita ingin membina dunia baru Islam apabila nanti para pejuang islam dulunya gigih berdakwah, kini terpaksa gigih mencari nafkah baru menampung belanja yang kian menjerut poket sendiri.

    Jawab: Setuju. Kewangan adalah antara faktor kekangan kejayaan poligami. Tapi bagaimana yang mampu?

    -bersambung-

    ReplyDelete
  3. Bagaimana dakwahkan terbukti apabila hanya sengketa timbul dari amalan poligami ini, para pejuang lebih banyak terpaksa berjuang di empat penjuru rumah mendamaikan dua pihak yang bersengketa, cemburu dan tidak puas hati.

    Jawab: Kembali kepada tujuan asal perkahwinan dan sifat keikhlasan dalam menjayakan perlaksanaan poligami. Sekiranya bermula poligami itu dengan sifat cemburu, iri hati dan lain-lain sifat mazmumah, maka akan tempanglah perjalanannya. Tetapi sekiranya ianya bermula dengan sifat keikhlasan dan memahami tujuannya, InsyaAllah segala masalah akan ada penyelesaiannya.

    Dakwah akan jadi tanpa berperancangan, apabila medan mesyuarat semakin ditinggalkan dengan beban teralih merancang dan mengurus rumahtangga serta berlaku adil merencanakan giliran bermalam, menentukan nafkah dan sebagainya.

    Jawab: Bagimana pula yang monogami, tetapi keadaan yang sama berlaku. Bukan sedikit, malah ramai dikalangan ahli gerakan kampus yang dahulunya hebat, tetapi setelah berkahwin, sunyi dari medan dakwah.

    Dakwah juga akan terencat apabila ikon dakwah dan perjuangan ini akan berdepan risiko awal kerosakan rumahtangganya sendiri ekoran protes anak2, rasa hilang kasih saying dan pemberontakan dikalangan mereka yang terasa sudah tidak lagi diberi perhatian atau terasa iri melihat saudara tiri lebih dimanjakan.

    Jawab: Kembali kepada tujuan asal perkahwian, keikhlasan dan proses tarbiah awlad. Namun hidayah itu milik Allah, ia akan memberikannya kepada siapa yang diinginkanNya. Berapa ramai yang ibu bapanya orang yang dihormati, tetapi anak-anak terbiar tanpa didikkan/tarbiah.

    Betapa banyak reality ini berlaku kepada sahabat2 kita, bersediakah kita juga berdepan dengannya.

    Jawab: Kenapa dan mengapa realiti yang buruk sentiasa dijadikan ikon. Mengapa kita tidak menjadikan realiti yang berjaya sebagai ‘role model’ dalam menyusun atur sistem poligami. Sehinggakan kadangkala orang bukan Islam memandang rendah kepada sistem poligami semata-mata kerana orang Islam sendiri yang sering memperbesar-besarkan ikon yang buruk.

    Akhirnya artikel ini bukan bertujuan memperlekehkan poligami satu hokum tuhan yang bpatut kita daulatkan, namun bagi saya jalannya harus diperketatkan…. Bukan sewenangnya hokum ini dipakai atas nama agam dan ianya mengembalikan paku buah keras kepada islam dan dakwah itu sendiri.

    Jawab: Setuju.

    Untuk dakwah, saya lebih bersetuju cadangan senator YB Ubaidah untuk ianya dipraktikkan bagi membantu golongan armalah dan ibu tinggal yang sudah berumur. Bersediakah kita …?

    Jawab: Setuju. Belum bersedia.

    Atau ianya digalakkan kepada para pimpinan yang berwibawa dan terbukti layak dalam perjuangan serta mengambil sahabiat yang masih belum berumah tangga walaupun sudah berusia lanjut, peribadinya dapat diselamatkan serta infak kewangannya juga mampu mengutuhkan jamaah.

    Jawab: Setuju.

    Meramaikan umat Nabi

    Saya menutup bicara ini dengan membawakan satu hadis nabi :

    Aku berbangga dengan umatku yang ramai dihari akhirat nanti. Adakah ini satu pesanan untuk meramaikan anak dan membanyakkan isteri, lalu kita patut mengambil poligami sebagi jalannya.??

    Jawab: Mungkin ya, sekiranya matlamat dan caranya betul.

    Namun saya terpanggil untuk bersetuju dengan saudara Saifulislam Ustaz Hasrizal jamil dalam bukunya AKU TERIMA NIKAHNYA pada mukasurat 89 menyatakan bukan sunnah meramaikan anak, tapi mempastikan anak akhir zaman ini berada pada paksi kebenaran dan bersama perjuangan rasul itulah yang diutamakan.

    Jawab: Setuju. Kualiti lebih utama daripada kuantiti, maka kualiti itulah yang menjadi matlamat. Tetapi tidak bolehkah kita melangkah satu langkah kehadapan dengan mengubah falsafah bahawa kualiti dan kuantiti juga mesti seiring menjadi matlamat utama.

    Untuk itu, sahutlah seruan jihad ini para sahabatku, DUNIA BARU ISLAM akan muncul jua, dengan tekun semangat dan ikhlasnya niat perjuangan, walaupun panjangnya masa dan hebatnya cabaran, ALLAH pasti akan memenangkan Islam.

    Jawab: InsyaAllah.. Allahuakbar!

    Insya allah, Pasti....!!

    ReplyDelete
  4. Syukran atas pandangan anta, harap dapat memberi kebaikan untuk kita dan jemaah islam.

    Mengurus Persepsi bukan mudah, ianya ditanda aras oleh persamaan, perkaitan dan penutupan, baca magnet diri karangan Amin Idris, pakar motivasi.

    Persepsi dan hukum agama juga biasanya dibina oleh majoriti atau adat, lalu inilah qias berdasarkan majoriti dan praktikal poligami yang ada.

    mengharung poligami penuh berliku ini akan menjadikan kerja jemaah kita semakin bertambah beban dan halangan dakwahnya... tuntasnya monogami dengan beban satu isteri suah memerlukan pelbagai komitmen, apatah lagi dengan tanggungjawab yang lebih ini.

    lainlah kalau berkahwin semata2 kerana nafsu dan misi menyelamat umat.

    biar kita berikan kepadsa yang mampu dan bertanggungjawab, adil allah letakkan sebagai syarat utama, jika mampu berlaku adil ... teruskan namun jika tidak cukuplah monogami firman tuhan.

    ana sebenarnya lebih menginsafi keretakan rumahtangga akibat poligami, protes anak2 hingga ketahap memalukan ibubapa... akhirnya dimana hikmat dan kelebihan poligami akhirnya.

    teruskan perjuangan...

    bersama membina dunia baru islam yang lebih indah...

    (tapi yang pertama, kena cari naqib baru dulu....)

    ReplyDelete